Hari ini aku betul2 mengantok sebab tido tak cukup , mak cik aku dgn nenek baru balik dari perlis sampai saja anakdia yang kecik sekali ( dalam 2bulan ) tu menangis tak berenti-benti . Macam nenek aku try , letak bawah putih ,lada hitam , dgn minyak . Sebab kata orang tua2 dulu-dulu budak kecik ni nampak benda2 halus ni .
Sampai pukul 4 pagi aku masih tak boleh tido , sampai lah subuh..lepas subuh anak dia tadi makin baik , tak menangis seteruk mula2 td.. fuh baru boleh pejam mata ni ...hujan pun turun memang best la tido time hujan2 hehe... tup tap tup tap ... bangun sampai pukul 11 aku tido haha...
Syukur aku begini
Hidup ini diperjalankan oleh Tuhan kepada manusia yang hebat , jadi manusia harus bersiap sedia dengan segala ujian dari Tuhannya .
Saturday, May 23, 2015
Thursday, May 21, 2015
semakin dekat detik ke menara gading
Aku harap aku dapat tapis , budaya yang buruk disana seperti pergaulan bebas , berjimba-jimba , melalukan aktiviti yang tidak berfaedah . Aku harap niat aku untuk belajar dan menuntut segenap ilmu akan kekal sehingga tamat pengajian aku selama 2 tahun .
Aku pasti , perasaan yang aku rasakan ini juga turut dirasa oleh pelajar2 baru yang lain saat ini .Di hari jumaat yang penuh berkat ini aku ingin memohon agar segala urus aku disana dipermudahkan baik dari segi pembelajaran dan ibadah aku .
Daun belalai gajah dan epal hijau , baguskah ?
Bila disebut saja Daun belalai gajah , kita akan dengar banyak pandangan mengenainya dari segi khasiat dan kelebihan daun ini . Banyak berpandangan Daun belalai gajah sesuai dimakan oleh pesakit kanser kerana khasiat nya juga adalah sebagai penawar kanser . tapi betul ke !?
Selalunya pesakit yang makan daun belalai gajah ini akan blend sekali dengan buah epal hijau ( dibuat jus ) kerana untuk menambahkan selera pesakit . Saya pernah berbual dengan seorang pesakit kanser masa saya di wad kanser dulu mengenai daun ni . Apa yang saya dapat , dia kata pernah cuba dan kerap minum jus belalai gajah ni tapi satu hari bila ada temujanji dengan doktor dan doktor pun tengok keputusan darah dia . doktor cakap darah dia cair dan disebabkan tu dia terpaksa menangguh kimoterapi di hospital . dia cakap sebab di kerap ambil daun belalai gajah ni .
Kemudian saya bual dengan pesakit lain , ada yang kata memang betul daun ini dapat menyembuhkan . tapi dia kata itu pun dengar dari cerita orang . setakat ini saya belum lagi jumpa orang yg betul2 sembuh dalam mengamalkan daun ini . cuma khabar2 angin je yang saya dengar. Kesimpulan saya , Bukan semua yang mengamalkan daun belalai gajah ini betul2 sihat balik , tapi inilah usaha kita dan ikhtiar kita untuk menyembuhkan penyakit kanser ni .Jika ada yang sihat selepas makan belalai gajah (alhamdulillah :) jangan berputus asa jika daun belalai gajah ini tidak ada kesan pada kita yang mengamalkan nya bahkan lagi bertambah teruk . cuba pula makan ubat herba yang lain ... doktor kata pada saya . 40% itu ubat .. tetapi 60% adalah diri kita sendiri untuk berjuang melawan penyakit tu...
Pengenalan diri
Assalamualaikum , nama aku muhammad hariri bin hazizi berumur 20 tahun , menetap di seri manjung perak . aku seorang bekas pesakit kanser tahap 4 yang sekarang sudah sembuh ( alhamdulillah ) berkat doa daripada ibu bapa aku , kawan2 , guru2 dan orang sekeliling . hidup aku sekarang adalah sebuah hidup yang penuh dengan perjuangan . perjuangan dalam menuntut ilmu ,perjuangan dalam menempuh ujian sakit , perjuangan dalam meraih kemuliaan disisi-Nya . insyaAllah pada 28 mei ini aku akan melangkah ke sebuah universiti awam untuk aku menerus teroka segenap ilmu . sudah 2 tahun aku menangguh belajar disebabkan sakit yang aku hadapi . Sekarang aku tak sabar masuk belajar . aku ketagih ilmu ... mohon doa daripada kawan2 agar aku dipermudahkan segala urusan ... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)